Tips Study
Hye Guyss Assalamualaikum.
Sekarang macam tak boleh nak berenggang dah dengan blog ni. Acewahhh. Tengah buat homework pun, idea untuk entri baru tu boleh muncul pulak. Jadi, untuk memenuhi ruangan tips yang pelbagai ni, I nak buat come back dengan TIPS STUDY.
Sapa yang selalu hadapi masalah untuk study?
Manusialah.
Jadi, aku nak share lah apa yang patut untuk kita amalkan sebab aku pun mengahadapi masalah yang sama dan aku selalu selesaikan masalah dengan cara-cara ni sahaja. Kalau istiqamah, tak kemana kejayaan tu, In shaa Allah ^^
- Bila cikgu tak masuk kelas atau pada waktu lapang time korang takde homework tu gunakan dengan sebaik mungkin. Korang boleh baca nota-nota ringkas yang korang buat.
2) Buat nota ringkas
- Bila habis belajar, pastikan korang dah faham tajuk tu baru boleh buat nota ringkas yang guna point-point kecil dan skop yang lebih umum. Nanti bila kita nak baca balik, kita dah boleh hurai poin-point tersebut sebab kita dah faham.
Haa, nampak dak. Buat nota pun kena bijak !
3) Tanya bila tak faham
- Kita semua mesti ada kawan baik kan? Haa kalau malu nak tanya cikgu, boleh la tanya kawan hampa. Tak pun, pergi jumpa cikgu secara personal sebab masalah pelajar selalunya kita malu nak tunjuk kita tak reti dan tak faham. Sebenarnya, cikgu lagi suka kalau kita banyak tanya ni. Tapi, tak perlu lah tanya benda-benda yag tak masuk akal, kalau aku jadi cikgu tu pun aku hempuk-hempuk hampa lama dah.
4) Buat latihan
- Belajar dalam kelas sahaja tak kan pernah cukup , jadi kita kena sentiasa rajin untuk buat latihan tambah- tambah soalan-soalan peperiksaan tahun lepas. Sebab kita belajar lurus. Tapi bila soalan peperiksan garis lurus tu dia buat bersimpang siur. Sama lah, kalau kita naik kereta dekat jalan yang bersimpang siur ni, peningkan nak ingat jalan sebab selalunya jalan lurus elok ja. Haa, jadi latihan tu sangat berguna agar nanti bila peperiksaan takdelah semua nak culture shock terlenih.
5) Belajar pada waktu pagi
- Tambah-tamabh waktu sebelum subuh tu, masa tu otak manusia berfungsi 100 peratus. Bacalah walau mengantuk macam mana pun. Sebab bila otak berfungsi ni, input mestilah masih masuk berbanding waktu lain punya pulun belajaq tapi otak tak nak bagi kerjasama. (TEORI SENDIRI NI)
6) Siapkan homework
- Haa ni sama saja konsep dengan buat latihan. p/s : boleh tambah kefahaman kita tau.
7) Buat jadual dan disiplin
- Bohonglah kalau cakap masa selalu cukup. Tambah-tambah bila tengah belajar, tiba-tiba teringat blog. Ya Allah, bersabar je. Jadi, buat satu jadual belajar harian dan wajib patuhi. Tetapkan masa bila nak pegang gadjet-gadjet ni. Bila dah tetapkan kenalah buat, kalau dak jadi macam phon yang tak bebuah lah kan.
In shaa Allah, moga kita boleh mengamalkannya perlahan-lahan. Tak perlu nak berubah dari malas ke rajin dengan secepat mungkin. Nanti tersasar. Cuba bayangkan, kita tengah duduk tetiba bangun terus kalut-kalut lari dengan warm up ke pakaian ke apa tak sedia lagi. Masa jatuh tu salah sapa? Kita lah, tak sempat sedia nak tergesa-gesa. Jadi,bila nak berubah kepada rajin ni takperlu nak terus berubah takut terjatuh jugak. Mula slow-slow.
Jom cari ilmu !