Siapakah Badiuzzaman Said Nursi?

March 31, 2017

Assalamualaikum.





Setelah sekian lama, finally boleh jugak curi-curi masa nak update entri baru. Fuu, ingat senang ka? Busy sepanjang masa almaklumlah dak-dak SPM lah katakan. Kalau tak sibuk tu bohonglah. Zaman PT3 dulu bolehlah main-main, siap ponteng tuisyen lagi. Esok exam, harini duk bertapa lagi dekat bilik tv. Senior tegur pun hilang dibawa angin. Buat dek ja semua. Nak buat macam mana, kalau dah kesedaran PT3 tu datang lepas ambik result -,-

Image result for bediuzzaman said nursi

Okay back to the actual niat lah kan, nak share tentang Badiuzzaman Said Nursi. So, Wana mula minat sejarah  dan tokoh-tokoh ni since F2 lah. Banyak ke arah Turki dan bermula dengan Muhammad Al-Fateh. Nak hadam Muhammad Al-Fateh pun makan masa jugak. Nak buat macam mana, aku minat banyak genre pembacaan. Jadi, nak habis satu-satu tu perghhh.

Satu haritu, terdengar lah sikit tentang sejarah hidup Badiuzzaman Said Nursi. Dan terus aku rasa tertarik nak selidik tentang beliau. Bila pergi kedai buku, kocek duit manjang ah mencemburui segalanya. But finally, dapat jugak beli API TAUHID written by HABIBURRAHMAN EL SHIRAZY. Penceritaannya tentang Badiuzzaman Said Nursi diselitkan dalam kisah kehidupan seorang pemuda bernama Fahmi. Watak Fahmi ni pun dah berjaya memikat hati, apatah lagi penceritaan tentang Badiuzzaman Said Nursi, sang tokoh berpengaruh dan penuh "keajaiban". Dan banyak lagi cerita-cerita kecil yang diceritakan seperti kisah Perang Mu'tah yang dengan sekali jentik sahaja sudah mampu menyentap tangkal hati kita yang mungkin dah lama kita biarkan tak berusik.

Nama sebenar Badiuzzaman Said Nursi ialah Said bin Mirza. Beliau dilahirkan di Nurs dan secara umumnya terletak di Turki. Said Nursi mempunyai 7 orang adik beradik dan beliau merupakan anak yang keempat hasil perkahwinan Mirza dan Nuriye(Nuriyyah). Dan dalam novel ni, mestilah ada diceritakan tentang ibu bapa beliau iaitu bapanya, Mirza dan ibunya, Nuriye. Percayalah, cerita tentang ibu bapanya pun sudah cukup indah menjadi renungan kita. Apatah lagi cerita tentang Said Nursi. Nuriye menceritakan sebelum Said Nursi dilahirkan, dia adab bermimpi bintang keluar dari perutnya dan jatuh kedalam laut dan cahayanya menerangi seluruh persada. Dan ketika dia melahirkan Said Bursi, dia tidak merasakan sakit untuk melahirkan itu. Dan ketika Said Nursi masih bayi lagi, dia sering menolak jika ibunya mahu memberikannya susu di siang hari dalam bulan Ramadhan. Seolah-olah bayi sekecil ini juga mahu puasa bersama.

Dan sejak kecil lagi, Said Nursi amat berminat dengan cerita-cerita Rasulullah SAW. Said kecil memang berbeza dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya. Dia cerdas dan kritis. Dia juga suka bertanya. Bahkan suka memberikan analisis dan sering kali mengkritik jawapan-jawapan dan persoalan yang dianggapnya tidak masuk akal.Di usia kecilnya juga, dia sudah mampu menolak kepercayaan penduduk kampung yang mempercayai bahawa gerhana bulan terjadi desebabkan seekor naga menelannya. Ibu bapanya sering saling menyokong dan membantu seperti Sayidina Ali dan Sayidatina Fatimah.

Okay sebenarnya aku malaslah nak hurai panjang-panjang memandangkan ilmu aku masih lagi setitik air di daun keladi, In shaa Allah akan aku habiskan pembacaan novel ini dengan segera supaya boleh share dengan you guysss.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook